SISIK
- Pada kebiasaannya, badan ikan diselaputi sisik
- Sisik berfungsi sebagai pelindung kepada ikan daripada kecederaan dan penyakit
SIRIP
- Sirip ialah anggota bahagian lura ikan yang membantu pergerakan ikan
- Sirip berfungsi membantu ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air

o Sirip berpasangan
Ialah sirip pektoral dan sirip pelvik. Sirip ini berfungsi untuk kestabilan ikan, berundur, berpusing dan mengapungkan badan ikan
o Sirip tidak berpasangan
Seperti sirip kaudal, sirip dorsal dan sirip anal
GARISAN LATERAL
- Terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan ikan hiasan bermula dari penutup insang hingga ke ekor
- Garisan lateral ini berfungsi seperti telinga. Ia amat peka untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air
INSANG
- Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang
- Air disedut melalui mulutnya dan keluar melalui insang
- Semasa air yang mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
DUBUR
- Bahagian ikan yang mengeluarkan bahan perkumuhan dan najis
No comments:
Post a Comment