Saturday 24 September 2011

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Matapelajaran : Kemahiran Hidup Tahun 5
Topik : IKAN HIASAN

Modul Ikan Hiasan Kemahiran Hidup



Ikan Hiasan:Tips Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium


Penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah merupakan satu perkara yang mesti dilakukan oleh pemilik ikan hiasan. Ini adalah kerana penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah berkait rapat. Jika akuarium sentiasa bersih dan airnya sesuai untuk ikan, ikan pula diberi makan secukupnya maka ikan hiasan anda akan hidup sihat. Untuk itu di bawah ini diberikan sedikti tips untuk penjagaan ikan dan akuarium anda. Penjagaan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

Penjagaan Harian
1. Beri ikan hiasan makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah dianggap mencukupi jika dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit. Jangan memberi ikan makanan yang berlebihan. Ini akan memudaratkan ikan hiasan anda.

2. Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit atau tidak normal. Umpamanya lemah, tidak mau makan, sisik tertanggal, perut kebung, berubah warna dan sebagainya.

3. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan anda membuang dengan segera ikan yang mati. Jika tidak ia akan membahayakan ikan hiasan yang lain.

4. Pastikan semua peralatan seperti sistem pengudaraan, penapis air, pam udara dan lampu (jika ada) berfungsi dengan baik. Pastikan juga tiada kebocoran elektrik. Kebocoran elektrik akibat peralatan elektrik di dalam akuarium boleh membunuh ikan hiasan dan juga membahayakan diri anda.

5. Sentiasa pastikan kualiti kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hiasan hidup. Buat ujian/ukuran dengan menggunakan peralatan yang ada dijual di pasaran.

Penjagaan Mingguan

1. Menggantikan air dalam akuarium . Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Jangan sekali-kali ganti keseluruhan air dalam akuarium. Keadaan ini akan menyebabkan ikan hiasan tertekan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang baru. Tekanan akibat penggantian air secara total boleh menyebabkan ikan hiasan anda mati. Pastikan juga anda memasukkan air yang baru sehingga ke paras yang sesuai/asal.

2. Jika anda meletakkan tumbuhan akuatik dalam akuarium, pastikan tumbuhan tersebut terurus. Buang atau cantas dahan tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi atau banyak hingga menyebabkan akuarium nampak sesak.

3. Bersihkan bahagian hadapan dalam dan luar tangki dengan menggunakan tuala kecil yang bersih. Pastikan anda membilas tuala tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sisa bahan pencuci.

4. Cuci peralatan penapis air dan kapas penapis air hingga bersih. Sekiranya kapas sudah terlalu kotor gantikan dengan kapas yang baru. Pastikan anda tidak membuka mesin penapis air untuk mengelakkan kerosakan. Adalah memadai dengan hanya mencuci bahagian luarannya sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...