Monday 12 December 2011

MAKANAN IKAN HIASAN

CARA PENANAMAN TUMBUHAN AKUATIK

Cara Penanaman Tumbuhan Akuatik

TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN AKUARIUM

Sunday 11 December 2011

PENYAKIT-PENYAKIT IKAN HIASAN


Faktor-faktor

•Keadaan suhu air dalam akurium terlalu sejuk.

•Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

•Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Penyakit Rintik Putih

image

•Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik.

•Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.

•Ikan yang sakit harus dipindahkan.

•Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air.

•Ubat lain juga boleh didapati dikedai akuarium.

Penyakit Kulat

image

•Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan.

•Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka.

•Kulat ini kelihatan seperti kapas.

•Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka.

•Ikan ini perlu diasingkan.

Penyakit Bakteria

image

•Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit.

•Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress.

•Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.


KAEDAH MENGHIAS AKUARIUM

JENIS-JENIS TUMBUHAN AKUATIK

Tumbuhan akuatik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:-

a) Tumbuhan Akuatik yang terapung
b) Tumbuhan Akuatik yang tenggelam

Tumbuhan Akuatik yang terapung hidup terapung di permukaan air, tetapi akarnya berada di dalam air. Antara tumbuhan akuatik yang terapung ialah pokok teratai, pokok kiambang dan pokok keladi bunting.
Pokok Teratai
 
Pokok Keladi Bunting
Pokok Kiambang


Tumbuhan Akuatik yang tenggelam pula hidup di dalam air sepenuhnya. Antara tumbuhan akuatik yang tenggelam ialah Java Fern, Cabomba dan Red Telanthera.

Java Fern

Cabomba
Red Telanthera


Friday 9 December 2011

PENYEDIAAN BEKAS

Bekas atau akuarium ialah tempat untuk meletakkan ikan hiasan. Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum memilih akuarium atau bekas yang dikehendaki ialah
a) Jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara
b) Saiz dan kuantiti ikan hiasan
c) Lokasi untuk meletakkan bekas atau akuarium tersebut

*Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara*

Sebelum memilih bekas atau akuarium, mestilah memilih dahulu jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara.
Ikan yang hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
  • - Mudah dipelihara
  • - Boleh bercampur dengan ikan lain
  • - Tahan terhadap serangan penyakit
  • - Tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air 
*Mengenal dan Memilih Tumbuhan Akuatik atau Tumbuhan Tiruan*

  • Tumbuhan akuatik dan tumbuhan tiruan boleh diletakkan di dalam akurium ikan hiasan. 
  • Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan air yang boleh ditanam di dalam akuarium.
  • Tumbuhan akuatik boleh didapati di dalam sungai, paya, kolam atau tasik.
  • Tumbuhan yang dipilih hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam akuarium.
  • Pastikan tumbuhan akuatik memperoleh cahaya matahari, oksigen, nutrien dan air yang mencukupi.
Tujuan Meletakkan Tumbuhan Akuatik Ke dalam Akuarium adalah untuk:-
- Mencantikkan pemandangan akuarium
- Membekalkan oksigen kepada ikan
- Sumber makanan kepada ikan
- Tempat perlindungan ikan kecil
- Tempat ikan hiasan bertelur

MENGURUS IKAN HIASAN DI DALAM AKUARIUM

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air
Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori
Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar
Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuarium
Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

RIANG RIA

Tuesday 29 November 2011

SPESIES IKAN HIASAN

Ikan Hiasan boleh dikategorikan kepad beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya, iaitu karnivor, herbivor, omnivor dan ikan yang memakan plankton.

1. Ikan Karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan oscar dan ikan kelisa.

Ulat








Cengkerik

2. Ikan Herbivor

Ikan Herbivor ialah ikan yang memakan tumbuhan yang terdapat di dalam air. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang mempunyai tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan lampam dan tiger barb.

Tumbuhan Dalam Air
3. Ikan Omnivor

Ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan, daging haiwan atau pellet. Kebanyakkan ikan hiasan ini sesuai dipelihara seperti ikan pelaga dan ikan chichlid.

Pellet
4. Ikan Pemakan Plankton

Ikan hiasan ini memakan mikroorganisma di dalam air. Contoh ikan yang memakan plankton seperti ikan Tetra, ikan tiger barb dan kebanyakan ikan di peringkat anak.

Plankton

Sunday 27 November 2011

FUNGSI BAHAGIAN LUAR IKAN

SISIK
  • Pada kebiasaannya, badan ikan diselaputi sisik
  • Sisik berfungsi sebagai pelindung kepada ikan daripada kecederaan dan penyakit
SIRIP
  • Sirip ialah anggota bahagian lura ikan yang membantu pergerakan ikan
  • Sirip berfungsi membantu ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air
*                      Sirip terdiri daripada 2 jenis iaitu
o   Sirip berpasangan
Ialah sirip pektoral dan sirip pelvik. Sirip ini berfungsi untuk kestabilan ikan, berundur, berpusing dan mengapungkan badan ikan

     o   Sirip tidak berpasangan
Seperti sirip kaudal, sirip dorsal dan sirip anal

GARISAN LATERAL
  • Terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan ikan hiasan bermula dari penutup insang hingga ke ekor
  • Garisan lateral ini berfungsi seperti telinga. Ia amat peka untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air
INSANG
  • Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang
  • Air disedut melalui mulutnya dan keluar melalui insang
  • Semasa air yang mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
DUBUR
  • Bahagian ikan yang mengeluarkan bahan perkumuhan dan najis



Wednesday 12 October 2011

SPESIES IKAN HIASAN TROPIKA

Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh dipelihara. Ikan hiasan boleh hidup di dalam air tawar atau air masin. Ikan hiasan boleh dipelihara di dalam akuarium atau kolam. Antara spesies ikan hiasan tropika adalah seperti berikut:

Ikan emas





 Ikan guppy

Ikan Koi


Ikan Pelaga

Ikan Tiger Barb


Ikan oscar


















Wednesday 5 October 2011

MENGENAL DAN MELABEL BAHAGIAN LUAR IKAN

Sebelum mengenal spesies-spesies ikan hiasan, marilah kita mengenal terlebih dahulu bahagian-bahagian luar ikan...

Tuesday 4 October 2011

PENGENALAN

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam. Tujuan ikan hiasan dipelihara adalah untuk mencantikkan kawasan dan menjadi daya penarik bagi sesuatu tempat atau bangunan. Memlihara ikan hiasan juga boleh dijadikan sebagai hobi yang menarik
Terdapat pelbagai sepsis ikan hiasan. Antaranya ialah ikan emas, kelisa, tiger barb, angel, discus dan ikan pelaga. Berikut adalah contoh pelbagai bekas yang boleh digunakan untuk memelihara ikan hiasan.
Akuarium
Kolam 
 Balang Ikan




Saturday 24 September 2011

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Matapelajaran : Kemahiran Hidup Tahun 5
Topik : IKAN HIASAN

Modul Ikan Hiasan Kemahiran Hidup



Ikan Hiasan:Tips Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium


Penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah merupakan satu perkara yang mesti dilakukan oleh pemilik ikan hiasan. Ini adalah kerana penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah berkait rapat. Jika akuarium sentiasa bersih dan airnya sesuai untuk ikan, ikan pula diberi makan secukupnya maka ikan hiasan anda akan hidup sihat. Untuk itu di bawah ini diberikan sedikti tips untuk penjagaan ikan dan akuarium anda. Penjagaan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

Penjagaan Harian
1. Beri ikan hiasan makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah dianggap mencukupi jika dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit. Jangan memberi ikan makanan yang berlebihan. Ini akan memudaratkan ikan hiasan anda.

2. Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit atau tidak normal. Umpamanya lemah, tidak mau makan, sisik tertanggal, perut kebung, berubah warna dan sebagainya.

3. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan anda membuang dengan segera ikan yang mati. Jika tidak ia akan membahayakan ikan hiasan yang lain.

4. Pastikan semua peralatan seperti sistem pengudaraan, penapis air, pam udara dan lampu (jika ada) berfungsi dengan baik. Pastikan juga tiada kebocoran elektrik. Kebocoran elektrik akibat peralatan elektrik di dalam akuarium boleh membunuh ikan hiasan dan juga membahayakan diri anda.

5. Sentiasa pastikan kualiti kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hiasan hidup. Buat ujian/ukuran dengan menggunakan peralatan yang ada dijual di pasaran.

Penjagaan Mingguan

1. Menggantikan air dalam akuarium . Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Jangan sekali-kali ganti keseluruhan air dalam akuarium. Keadaan ini akan menyebabkan ikan hiasan tertekan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang baru. Tekanan akibat penggantian air secara total boleh menyebabkan ikan hiasan anda mati. Pastikan juga anda memasukkan air yang baru sehingga ke paras yang sesuai/asal.

2. Jika anda meletakkan tumbuhan akuatik dalam akuarium, pastikan tumbuhan tersebut terurus. Buang atau cantas dahan tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi atau banyak hingga menyebabkan akuarium nampak sesak.

3. Bersihkan bahagian hadapan dalam dan luar tangki dengan menggunakan tuala kecil yang bersih. Pastikan anda membilas tuala tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sisa bahan pencuci.

4. Cuci peralatan penapis air dan kapas penapis air hingga bersih. Sekiranya kapas sudah terlalu kotor gantikan dengan kapas yang baru. Pastikan anda tidak membuka mesin penapis air untuk mengelakkan kerosakan. Adalah memadai dengan hanya mencuci bahagian luarannya sahaja.

Friday 23 September 2011

BUAT TEMAN-TEMAN....

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Sekadar Renungan

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...